You are here

Latar Belakang KSKKKR

 

KSKKKR di terajui oleh Jawatankuasa Tertinggi iaitu Presiden, Naib Presiden I, Naib Presiden II, Setiausaha, Bendahari, Penolong Setiausaha, Setiausaha Bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa. Ahli KSKKKR terdiri dari semua kakitangan Kementerian Kerja Raya. Semua ahli dikenakan yuran melalui potongan gaji mengikut kadar yang diluluskan dalam perlembagaan KSKKKR.

SEJARAH

Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR) telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan 
di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan no pendaftaran 1218/90 pada 20 Dis 1990.

OBJEKTIF

Menyediakan satu cabang atau laluan kepada semua ahli untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah serta  manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.

VISI

Menjadi satu kelab /persatuan  yang menjaga kebajikan  ahli dan menjayakan aktiviti-aktiviti sosial, kesenian dan rekreasi untuk semua ahli kelab.

MISI

Memastikan semua ahli kelab/persatuan mendapat kebajikan secara sama rata dan menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan, sosial , kesenian dan rekreasi untuk semua ahli.