You are here

Perutusan Presiden KSKKKR

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kita dapat menghasilkan Laman Web Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk menerajui Kelab KSKKKR. Bagi saya, ini adalah satu cabaran, disamping menjalankan tugas rasmi yang menuntut komitmen yang lebih besar. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi keupayaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru itu sokongan semua ahli dan barisan ahli jawatankuasa yang dilantik telah Berjaya mengukuhkan semangat berkerjasama dan kemesraan di kalangan ahli.

Berbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun. Walau bagaimanapun memandangkan kewangan yang tidak memberansangkan maka banyak aktiviti terpaksa dibatalkan. InsyaAllah, kita akan cuba mencari alternative atau lain-lain sumber bagi meneguhkan kewangan kelab dan berharap kelab dapat melaksanakan semua program dan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.

Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Penasihat Kelab, Y.Bhg. Dato’ KSU yang sentiasa member sokongan padu ke atas aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Laman Web Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya ini.

Sekian, terima kasih.

 

Hj Mustaffa bin Hj Salleh

Memangku Presiden KSKKKR