You are here

Penasihat KSKKKR

ksu

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA

Merangkap
Penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.
 

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih, dengan tulus ikhlas saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR) di atas kerjasama dan muafakat, setiap tahun berjaya mengadakan pelbagai aktiviti kelab tanpa mengabaikan tugasan harian. Saya berharap Mesyuarat Agung kali ke 19 pada tahun ini, merupakan satu landasan untuk merangsang jentera semangat Satu Malaysia serta dapat menerapkan semangat setiakawan yang jitu untuk menjayakan semua perancangan aktiviti kelab, malah semangat itu juga wujud dan diadaptasi serta dicerminkan tanggungjawab yang telah diamanahkan di dalam tugasan harian. Semangat ini juga akan mengangkat martabat Kementerian Kerja Raya khususnya.

 

Saya percaya muafakat yang ditonjolkan dapat mencapat matlamat dan objektif utama KSKKKR malah akan merapatkan jurang perhubungan dan menyemarakkan semangat bekerjasama, setiakawan dan berpasukan. Semoga segala usaha dan toleransi merancang aktiviti akan memberi insentif dan suntikan keceriaan bermasyarakat kepada kita semua seterusnya kejayaan berganda KSKKKR juga Kementerian Kerja Raya.

Sekian Terima Kasih

 

DATO' SRI ZOHARI BIN HAJI AKOB

Penasihat KSKKKR