KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA (KSKKKR)


MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN ANTARA BAHAGIAN KEMENTERIAN KERJA RAYA 2012

Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya akan mengadakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Antara Bahagian Kementerian Kerja Raya 2012 pada 10 Februari 2012, jam 10 pagi bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kementerian Kerja Raya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Semua warga Kementerian Kerja Raya di jemput hadir.

Poster Perasmian Sukan

Jadual Pertandingan

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH DAN BOLA TAMPAR PANTAI MAKSWIP DIPERLIS

Kontigen Bola Sepak 9 sebelah dan Bola Tampar Pantai (L/W) Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Tampar Pantai MAKSWIP Di Perlis pada 23 dan 24 Disember 2011. Pencapaian kontijen KKR adalah seperti berikut:

i)   Pasukan Bola Sepak 9 Sebelah : Mencapai Peringkat separuh akhir dan menduduki tempat ketiga secara keseluruhan.
ii)  Kedua-dua pasukan bola tampar pantai (lelaki dan wanita) mara sehingga pusingan kedua iaitu di peringkat pusingan kalah  
    mati. Kedua-dua pasukan bola tampar pantai  menjadi naib johan kumpulan masing-masing.

KSKKKR mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemain yang mewakili KKR dalam kejohanan ini.


 

Direkabentuk oleh Bahagian Pengurusan Maklumat KKKR Anatolia-004 android